Pengenalan




Kitar semula mampu mengurangkan kadar pencemaran di samping dapat menjimatkan tenaga. Ini kerana penghasilan barangan yang menggunakan bahan mentah akan menyebabkan pencemaran dan meningkatkan kadar guna tenaga. Pendek kata, kitar semula dapat menjimatkan kos, tenaga sekaligus mengurangkan penggunaan bahan baru.  Ini dapat mengurangkan penggunaan tanah yang tinggi sebagai tapak pelupusan serta penggunaan bahan asli bagi mendapatkan barangan tertentu.

Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap.


Secara amnya, kitar semula adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian. Ini adalah kerana ia akan membawa pelbagai kesan negatif pada masa depan jika tidak melakukannya. Oleh yang demikian, setiap lapisan masyarakat haruslah bertanggungjawab bersama untuk menjayakan amalan kitar semula. Sampah sarap yang telah dikumpul harus dikitar semula supaya ia dapat digunakan semula atau menjimatkan jangka hayat tapak pelupusan. Maka sampah tersebut harus diuruskan dengan lebih bersistematik.

No comments:

Post a Comment